Selasa, 30 April 2013

Kuasa Cinta

Kata  pujangga cinta letaknya di hati meskipun tersembunyi namun getarannya nampak sekali.Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kpd tindakan.Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta mampu melembutkan besi ,menghancurkan batu karang,membagkit yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.Inilah dahsyatnya cinta(Jalaluddin Rumi).
 Alangkah indahnya Islam! didalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya,Sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam,lebih murni,dan lebih abadi.Islam  mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus di pupuk menuju kepada Allah Yang Maha Pencipta,Sehingga cinta kepada Nya jauh melebihi cinta kepada sesama makhluk.Justeru, cinta kepada sesama makhluk di curahkan semata mata kerana menyintai Nya.
 Asasnya dalam firman Allah swt dalam surah AL baqarah ayat 165,"dan diantara manusia ada orang orang yang mengambil selain Allah untuk di cintai:mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Sedangkan orang orang beriman amat dalam (taat)cintanya kepada Allah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan