Selasa, 30 April 2013

Cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar....


Kuasa Cinta

Kata  pujangga cinta letaknya di hati meskipun tersembunyi namun getarannya nampak sekali.Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kpd tindakan.Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta mampu melembutkan besi ,menghancurkan batu karang,membagkit yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.Inilah dahsyatnya cinta(Jalaluddin Rumi).
 Alangkah indahnya Islam! didalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya,Sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam,lebih murni,dan lebih abadi.Islam  mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus di pupuk menuju kepada Allah Yang Maha Pencipta,Sehingga cinta kepada Nya jauh melebihi cinta kepada sesama makhluk.Justeru, cinta kepada sesama makhluk di curahkan semata mata kerana menyintai Nya.
 Asasnya dalam firman Allah swt dalam surah AL baqarah ayat 165,"dan diantara manusia ada orang orang yang mengambil selain Allah untuk di cintai:mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Sedangkan orang orang beriman amat dalam (taat)cintanya kepada Allah".


Isnin, 29 April 2013



BIARKAN MASA BERLALU

Sesungguhnya hari esok ialah sesuatu yang hilang dan tidak memiliki hakikat,tidak wujud,tidak ada rasa dan tidak ada warna.

Peringatan buat diri......

Untuk satu hari ini engkau  mesti menunaikan solat dengan khusyuk,membaca al qura'an dengan memahami kandungan menelaah maksudnye,zikir dengan menghadir seluruh jiwa dan raga,tidak melampau dalam semua perkara,memperhatikan zahir dan batinmu,menghiasi perilaku dengan akhlak yangmulia,redha atas apa yang telah ditakdirkan keatasmu,mengambil berat terhadap kesihatan badanmu,dan berusaha memberi manafaat kpd orang lain.


Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong..
Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali..
Cinta juga seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali....